IPOH - Pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi ketika ini seharusnya menginsafkan para pemimpin yang diamanahkan dengan tanggungjawab, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Menurut baginda, mereka perlu melakukan penetapan semula perkara-perkara yang perlu diutamakan dalam urus tadbir negara berteraskan prinsip keadilan iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menyerahkan amanah kepada yang ahli dalam bidangnya.