Polis buka kertas siasatan Tok Pa langgar SOP
A
A
JELI - Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara selepas gambarnya sedang makan di sebuah kafe tular pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Jeli itu bersama tiga lagi individu terlibat bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran SOP itu. Kesemua yang terlibat ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021, katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.
Zon hijau perlu diberi kelonggaran
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Kedah digesa beri diskaun cukai, pengecualian bayaran lesen
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
1,769 aduan majikan tidak benarkan pekerja BDR
A
A
JITRA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima 1,769 aduan berkaitan majikan tidak membenarkan pekerja Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam tempoh Perintaha Kawalan Pergerakan (PKP) setakat Ahad.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, aduan tersebut adalah paling tinggi berbanding 3,737 pelbagai aduan lain yang diterima pihaknya melalui aplikasi Working for Workers (WfW) yang dilancarkan pada awal Mei lalu.
Menurutnya, ramai majikan didapati masih ingkar dengan arahan dan prosuder operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di tempat kerja.
“Sepatutnya, majikan hanya benarkan 60 peratus pekerja datang bekerja di pejabat manakala selebihnya adalah BDR. Tetapi kita dapati ada majikan yang menyuruh 100 peratus pekerjanya datang bekerja,” katanya pada sidang akhbar di Jitra, dekat sini pada Ahad.