Latest Breaking News On - நாடகம் ப்ரெவெந்ஶந் - Page 6 : vimarsana.com
509 GP diberi kuasa serah gelang HSO kepada pesakit positif
A
A
PUTRAJAYA - Seramai 509 pengamal perubatan am (GP) swasta telah diberikan surat kuasa untuk mengeluarkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, HSO itu akan dikeluarkan kepada pesakit positif yang akan dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang diuruskan pusat perubatan swasta atau di rumah masing-masing. Seramai 509 GP telah diberikan surat kuasa untuk menyerahkan gelang HSO bagi pesakit yang dikesan positif untuk dirawat di PKRC mereka atau dihantar ke rumah serta dipantau, katanya.
Dr Adham berkata demikian pada sidang akhbar khas berhubung langkah kesiapsiagaan dan strategi Kementerian Kesihatan (KKM) mengurus pandemik COVID-19 di Lembah Klang, di sini pada Sabtu.
Tamba-abdullahMinistry-healthCenter-quarantinei-treatment-riskyCenter-ratingMines-totalIssue-order-inspectionMinister-healthGrandfather-seriesCenter-quarantineTreatment-risky-lowValley-cavesAct-preventionPolis sentiasa pantau mini Dhaka di Meru
A
A
KLANG - Polis sentiasa menjalankan pemantauan di sekitar Jalan Teratai, Meru yang didakwa dipenuhi warga asing sehingga digelar mini Dhaka seperti yang ditularkan di media sosial pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, operasi dan pemantauan sentiasa dijalankan di kawasan berkenaan. Pada 1 hingga 9 Julai, polis bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menjalankan Ops Patuh ke atas kilang di Klang Utara termasuk melibatkan kawasan berkenaan. Sebanyak 92 kilang telah dijalankan pemeriksaan, 22 kilang telah dikompaun, lapan kilang diarahkan tutup, katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sebanyak RM303,500.
MeruSelangorMalaysiaLotusA-movement-dewan-cavesOrder-control-movementCaves-policePolice-district-cavesStreet-lotusChief-of-police-district-caves-northAssistant-commissioner-tamba-pious