Langgar SOP: KSM keluarkan kompaun RM1.2 juta
PUCHONG - Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengeluarkan kompaun keseluruhan bernilai RM1.2 juta ke atas pengusaha kilang dan majikan kerana kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sejak kementerian itu mula diberi kuasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Jun lalu sehingga Khamis (24 Jun). Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, kompaun itu dikeluarkan susulan sebanyak 1,174 lawatan dilakukan pihaknya menerusi operasi pematuhan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).