Suasana di kediaman Muhyiddin tenang pada Jumaat
Suasana di kediaman Muhyiddin tenang pada Jumaat A A KUALA LUMPUR - Suasana di hadapan kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini tenang sejak pagi Jumaat tanpa sebarang pergerakan keluar masuk mana-mana pemimpin politik mahupun kerajaan. Setakat jam 2 petang tadi, masih tiada sebarang perkembangan terbaharu dengan Muhyiddin difahamkan bekerja dari rumah pada Jumaat. Tinjauan Sinar Harian mendapati media sudah mula hadir sejak jam 7 pagi untuk membuat liputan mengenai sebarang kemungkinan yang boleh berlaku susulan perkembangan terkini politik negara...