Mampukah Israel diheret sebagai penjenayah perang?
Mampukah Israel diheret sebagai penjenayah perang? A A KETIKA melihat sebahagian Gaza yang musnah akibat dibedil oleh tentera udara rejim Zionis dari tingkat 10 sebuah bangunan, seorang peguam hak-hak asasi manusia Palestin, Raji Sourani menyimpan sejumlah fail baharu. Fail-fail itu adalah mengenai mangsa-mangsa jenayah perang Israel yang terbunuh dan cedera akibat serangan udara menerusi jet-jet pejuangnya ketika bertempur dengan para pejuang Hamas pada bulan Mei lalu. Sejak bertahun-tahun lalu, Sourani telah berusaha mewujudkan kes-kes jenayah perang di Gaza tersebut sebelum mengemukakannya...