Dua dos vaksin: Kelonggaran diputus minggu depan
Dua dos vaksin: Kelonggaran diputus minggu depan July 17, 2021 Foto hiasan. PUCHONG: Kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin mereka. “… dan lepas itu kita akan umumkan apakah kelonggaran-kelonggaran kepada mereka yang dapat dua dos ini supaya mereka tidak terus ‘terikat’; perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka,” katany...