Bayi usia setahun derita kanser otak tahap empat
Bayi usia setahun derita kanser otak tahap empat A A POKOK SENA - Pasangan suami isteri dari Kampung Nawa, Pokok Sena pilu melihat bayi lelaki mereka yang berusia setahun diuji menghidap penyakit kanser otak tahap keempat dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. Ibunya, Nurul Asyikin Mustafa, 26, berkata, anak keduanya, Muhammad Adam Zikri Mohamad Zainal telah menjalani dua kali pembedahan dan juga kimoterapi. Menurutnya, penyakit anaknya itu dikesan pada 29 Mac selepas mengalami demam yang panjang dan muntah. "Semasa anak jatuh sakit, ...