Antara kasih dan benci
Antara kasih dan benci A SESUNGGUHNYA sifat kasih dan benci merupakan dua nilai berbeza dan bertentangan. Bagi sifat kasih, segala kemakmuran dan ketenangan dapat dirasai orang yang menyalurkan kasih sayang dan mereka yang menerima kasih sayang. Bagi sifat benci, mendorong jiwa yang resah dan gelisah kerana berpaksikan dendam serta curiga berpanjangan. Apa yang jelas, sifat kasih dan benci akan membezakan martabat mereka di sisi ALLAH dan masyarakat. Sebetulnya, terdapat dua sifat yang berada antara kasih dan benci iaitu suka dan tidak suka. Sifat suka, jika dipupuk dengan baik akan memarakka...