Pengusaha spa, urutan kaki terima bantuan one-off RM1,000
PUTRAJAYA - Lebih 400 pengusaha spa dan Pusat Urutan Kaki (PUK) disasarkan menerima bantuan kewangan RM1,000 secara one-off menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).