Lebih 8.5 juta dos vaksin Covid-19 telah diberi
Lebih 8.5 juta dos vaksin Covid-19 telah diberi July 3, 2021 Advertisement Menerusi hantaran di Twitter, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan 2,463,019 orang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka. “Sebanyak 236,196 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, melibatkan 167,059 dos pertama dan 69,137 dos kedua,” katanya. Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 333,432 orang diikuti Johor (258,636); Sarawak (257,408); Kuala Lumpur (221,020) dan Perak (219,044). – BERNAMA