"Sedih Tak Boleh Control Bila Tengok Bendera Putih Terus Berair Mata" Fouziah Gous
Mingguan Wanita June 30, 2021 Selebriti popular Datin Hajah Fouziah Gous begitu sedih apabila melihat bendera putih. Dek kerana itu juga seperti mana warga Malaysia yang lain, Fouziah turut sama mahu membantu individu atau keluarga yang terkesan. Kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah sekiranya terputus bekalan makanan mendapat perhatian warganet. Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat bagi membantu individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 namun malu menyatakannya secara terbuka. Ia juga diharapkan memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang ...