Kita masih dalam kesukaran
Kita masih dalam kesukaran A AMAT jelas kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh para peniaga kecil dan runcit di kawasan dilanda Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kelihatan seperti tiada penghujungnya. Walaupun PKPD di Selangor dan Wilayah Persekutuan tamat 16 Julai lalu tetapi tiada keputusan baharu mengenainya, bermakna penduduk di dua negeri ini kembali berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara. Orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan dalam fasa berkenaan. Ia juga bermakna tiada rentas negeri dan daerah bagi semua individu term...