Rancang program diplomasi kebudayaan dalam agenda Belanjawan 2022
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyarankan agar waktu Covid-19 ini digunakan untuk merancang program diplomasi kebudayaan yang tersusun, terarah dan disertakan dengan peruntukan yang mencukupi. Menurutnya, apabila prosedur operasi standard (SOP) membenarkan sempadan antarabangsa dibuka semula, adalah baik jika negara ini boleh menyaingi program diplomasi budaya yang terkenal seperti Fulbright Fellowship dari Amerika Syarikat dan Chevening (United Kingdom).