vimarsana.com


151,729 dikesan hidap penyakit tidak berjangkit
July 6, 2021
Datuk Seri Dr Adham Baba
PUTRAJAYA: Kira-kira 33 peratus atau 151,729 individu daripada 457,462 orang dalam kumpulan B40 yang menjalani saringan kesihatan menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) dikesan menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
“Mereka sebelum ini tidak pernah mengetahui mereka menghidapi penyakit tidak berjangkit,” katanya ketika membentangkan Laporan PeKa B40 2019-2020 secara maya hari ini.
Advertisement
Beliau berkata antara penyakit tidak berjangkit yang dikesan melalui saringan berkenaan adalah kencing manis sebanyak 10.4 peratus, kolesterol tinggi (29.8 peratus), darah tinggi (13.8 peratus), masalah mental seperti kemurungan (1.6 peratus) dan keresahan (1.4 peratus).

Related Keywords

,Scheme Matter Health For Group ,Health Grandfather Series ,Grandfather Series Mines ,Scheme Matter Health ,Case Sensitive ,Minister Health Grandfather Series ,Report Case Sensitive ,Help Subsistence ,வழக்கு உணர்திறன் ,

© 2024 Vimarsana

vimarsana.com © 2020. All Rights Reserved.