vimarsana.com


CFO Kumpulan Maybank letak jawatan
A
KETUA Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) Malayan Banking Bhd (Maybank), Datuk Amirul Feisal Wan Zahir telah meletak jawatan untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan di institusi berkaitan kerajaan.
Maybank dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, peletakan jawatan Amirul akan berkuat kuasa menjelang 15 Julai depan.
"Maybank telah memulakan proses mengenal pasti GCFO baharu, sejajar dengan pelan penggantian sedia adanya.
"Kami akan membuat pengumuman apabila keputusan dibuat," kata bank itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata, Maybank telah melantik pengawal kewangan kumpulan, Khalijah Ismail sebagai pemangku GCFO bagi menyelia fungsi kewangan kumpulan.

Related Keywords

,Maybank ,Group Maybank Park Office ,Chairman Finance Officer Group ,Grandfather Commander Outward ,Managing Directors ,Ceo Group ,Grandfather Farid ,மேபேங்க் ,நிர்வகித்தல் இயக்குநர்கள் ,சிஇஓ குழு ,

© 2024 Vimarsana

vimarsana.com © 2020. All Rights Reserved.