Dah Kahwin 2 Tahun & Dikurniakan Zuriat, Wanita Baru Tahu Suami Rupanya Abang Kandung Sendiri!
Sekadar gambar hiasan
Gara-gara bapa pernah menyembunyikan perkahwinannya di Thailand, seorang wanita berdepan detik ‘hitam’ apabila dia tanpa sengaja mengahwini abang kandungnya sendiri sehingga mereka dikurniakan zuriat. Lebih mengejutkan apabila perkara itu hanya terbongkar selepas dua tahun ‘pasangan’ ini mendirikan rumah tangga.
Terkahwin dengan abang kandung
Peguam Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli
Kisah ini dikongsikan di Facebook oleh seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam iaitu Fahmi Ramli. Menurut beliau, wanita terbabit dipercayai mula berkenalan dengan lelaki itu ketika masing-masing menyambung pelajaran di sebuah universiti. Mereka bercinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas tamat belajar.