July 15, 2021
Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama SND Soul Entertainment melancarkan single terbaru berjudul Hasbi Rabbi oleh Siti Nordiana yang turut menampilkan Ustaz Sharizan.
Lagu ini adalah salah satu single dari album terbaru dan merupakan album kedua iaitu Zikir Ketuhanan dari Siti Nordiana selepas album Anakku Sayang.
Istimewanya, album kali ini ialah zikir atau selawat yang dialunkan merupakan munajat harian yang selalu didengari atau dibaca namun telah diolah dalam melodi yang lebih indah dan mampu membuat pendengar menginsafi diri dengan alunan indah kalimah-kalimah suci dan mulia.
Mengulas mengenai pengalamannya memasuki studio bersama Ustaz Sharizan, Siti Nordiana atau selepas disapa Nana bersyukur kerana ia dipermudahkan.