Jamin protes tidak mudaratkan pesakit
Gambar hiasan
Pihak atasan di beberapa pusat kesihatan seluruh negara dilaporkan bersetuju untuk membantu menyumbang tenaga ketika protes berlangsung hari ini.
A
A
SHAH ALAM - Gerakan Hartal Doktor Kontrak memberi jaminan protes secara besar-besaran yang dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi Isnin di semua pusat kesihatan seluruh negara tidak akan memberi kesan kepada pesakit.
Wakil gerakan itu, Dr Umar Baraka berkata, pihaknya mengeluarkan prosedur tertentu untuk dipatuhi pegawai kesihatan terlibat dalam menjayakan protes yang dijangka disertai 4,000 hingga 5,000 doktor kontrak.Menurut Umar, pihak atasan di beberapa pusat kesihatan juga bersetuju untuk membantu menyumbang tenaga bagi memastikan tiada pesakit terabai ketika protes berlangsung.