Kerajaan Allah sahaja maha sempurna
July 28, 2021
Advertisement
Inilah akibat apabila politik dipisahkan daripada agama sehingga menjadikannya tidak berakhlak, tanpa menyedari sikap yang terlanjur sehingga melupakan bahawa tiada yang sempurna melainkan Allah SWT sahaja.
Seseorang yang beriman hendaklah menunjukkan sifat tawadhu‘ secara terbuka dan menunjukkan moral yang tinggi menjadi hamba Allah SWT. Selain itu juga, hendaklah beriman bahawa Allah SWT sahaja yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan kelemahan. Khususnya dalam menghadapi wabak penyakit besar melanda seluruh dunia yang tidak diketahui bilakah penghujungnya.
Allah SWT memberikan kerajaan kepada manusia sebagai ujian dalam kehidupannya, sebagaimana firman-Nya:
﴿تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ١ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ٢﴾
“Maha Berkat (serta Maha Tinggi kelebihan) Tuhan yang menguasai segala kerajaan; dan memanglah Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (1);