vimarsana.com


Labuan sedia beri vaksin kepada kanak-kanak, remaja
A
LABUAN - Selepas kejayaan mencapai imuniti kelompok bagi membendung Covid-19, Wilayah Persekutuan Labuan kini bersiap sedia melancarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia antara 12 hingga 17 tahun sebaik mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan Persekutuan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, rancangan pelaksanaan vaksinasi yang komprehensif telah disusun untuk mencapai hampir 100 peratus imuniti bagi kira-kira 103,000 penduduk di pulau bebas cukai itu.
“Kami sudah bersedia untuk menawarkan vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun, hanya menunggu kebenaran dari kerajaan Persekutuan sahaja,” kata kepada Bernama pada Jumaat.
Pada 27 Julai lepas, Labuan telah lengkap memberi vaksin kepada 80 peratus penduduk dewasa sekali gus menjadi yang pertama dalam kalangan Wilayah Persekutuan dan negeri yang mencapai imuniti kelompok bagi memerangi Covid-19.

Related Keywords

Labuan ,Malaysia , ,Programs Immunization National ,Council Representation Population ,Directors Department Health Labuan ,Labuan After ,Region Federal Labuan ,Region Federal ,ளாபுன் ,மலேசியா ,பகுதி கூட்டாட்சியின் ,

© 2025 Vimarsana

vimarsana.com © 2020. All Rights Reserved.