SEREMBAN - Usahawan dan selebriti popular, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail tiba di Mahkamah Seremban pada jam 8.40 pagi, bagi mendengar sebutan semula kes pendakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semasa ke kedai karpet di Nilai 3.