Suami Isteri Positif Covid-19, Empat Anak Masih Kecil Tiada Siapa Jaga. Tarik Perhatian Untuk Dibantu!
July 25, 2021
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew di lihat menerusi kemas kini di akaun Facebooknya memaklumkan seorang ayah kepada lima orang anak yang dikenali sebagai Ikhwan sedang menjalani kuarantin di rumah sementara isterinya dan seorang anaknya berusia sebulan menerima rawatan di hospital.
Menurut beliau lagi, keadaan itu menyebabkan Ikhwan terpaksa menjaga anak-anaknya walau sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Ikhwan telah disahkan positif covid dan sedang dikuarantin dirumah. Ketika dia bercakap dengan saya, terasa betapa risau dan kusut dirinya. Isteri dan bayi berusia sebulan telah dimasukkan ke hospital, tinggallah dia bersama 4 orang anaknya yang masih kecil berumur antara 1 hingga 5 tahun dirumah. Tiada siapa pun yang dapat membawa anak-anaknya ke klinik untuk ujian calitan Covid pagi esoknya.