KUALA LUMPUR - Pengasas sebuah rumah penjagaan akan didakwa di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta, di sini, pada Jumaat berhubung pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Pengasas Rumah Bonda mohon dapatkan semula hak jagaan 5 anak angkat sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Pengasuh, suami, anak saudara didakwa dera dua beradik
A
A
JOHOR BAHRU - Seorang pengasuh, suami serta anak saudaranya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas dua pertuduhan mendera dua beradik berusia tiga serta dua tahun, Jun lalu.
Tertuduh, Fazelina Mohd Lias, 37, suaminya, Mansor Saat, 57, dan anak saudara perempuannya yang berusia 13 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Mengikut kedua-dua kertas pertuduhan, Fazelina, Mansor dan anak saudaranya yang secara bersama menjaga dua kanak-kanak yang masing-masing berusia tiga dan dua tahun, dituduh menganiayai kanak- kanak terbabit sehingga mereka mengalami kecederaan fizikal.
Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Kempas, di sini, kira-kira jam 3 petang pada 10 Jun lalu.
Ibu tunggal didakwa cuba bunuh anak sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.