MB Kedah nafi bantuan lewat di kawasan PKPD
A
A
SUNGAI PETANI - Bantuan khas wang tunai dan makanan basah kepada penduduk terjejas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) daerah Kuala Muda diagihkan bermula pada Khamis.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pada hari pertama agihan, sebanyak 1,037 bungkus mengandungi dua ekor ayam diagihkan di PKPD Taman Bandar Baru, manakala 139 bungkus diagihkan di Taman Cahaya PKNK dan Kampung Sireh.
Menurutnya, sebanyak 1,591 pek pula diagihkan pada Jumaat ke rumah-rumah sekitar Taman Bandar Baru dan Lembah Permai.
“Bantuan lain seperti sayur-sayuran dan telur akan disampaikan secara berperingkat. Agihan dilakukan bersama Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim dan diselia oleh penghulu mukim Sungai Petani dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) serta jawatankuasa masjid termasuk ketua lorong setiap taman berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Lanjut PKPD: Penduduk gusar bekalan, wang tunai makin kurang sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Enam lokasi konkrit PKPD termasuk laluan tikus dirosakkan
A
A
SUNGAI PETANI - Polis mengesan enam lokasi termasuk laluan tikus di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini dirosakkan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, enam lokasi itu membabitkan lima di Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai, Sungai Lalang, manakala satu lokasi dikesan di Kawasan Perusahaan Ringan Bakar Arang, Sungai Petani.
Menurut beliau, tindakan merosakkan dan mengalihkan pagar duri dan halangan yang dipasang di kawasan PKPD boleh dikenakan tindakan tegas. Siasatan boleh dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, katanya.