📰 Article Connection News
Page 8 - Article Connection News Today
Fast, Ad-Free News Updates
Stay updated with breaking news from Article Connection. Real-time updates on events, politics, business and more.
August 10, 2021
TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] Tindakan keluar parti merupakan perkara normal dalam politik dan keputusan yang dibuat perlu dihormati. Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Lt Kol (PA) Mohd Yazid Mohd Yunus berkata, keputusan Tengku Panglima Besar, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar keluar daripada parti itu tidak memberi kesan kepada kepimpinan Bersatu Pahang.
August 10, 2021
KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon memaklumkan pihaknya belum lagi menerima usul percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada sidang Parlimen September depan.
August 10, 2021
SUNGAI PETANI - Seorang lelaki yang dikesan melakukan ugutan terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor ditahan awal pagi Selasa di Taiping, Perak. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 25 tahun itu dikesan menghantar pesanan melalui aplikasi 'messenger' di laman Facebook milik Muhammad Sanusi dengan kata-kata berbaur ugutan.
August 10, 2021
KAMPAR - Kerajaan diminta memberi kelonggaran kepada pekerja restoran mendapatkan vaksin tanpa temu janji di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi memastikan kelonggaran untuk makan di dalam restoran dilaksanakan dengan lebih selamat. Seorang pemilik restoran, Nurul Atiqah Adu Rahaman, 29, berkata, biarpun kelonggaran untuk penerima vaksin lengkap dibenarkan untuk makan di dalam premis bermula Selasa, kedainya masih kekal dengan pelanggan hanya membungkus makanan.
August 10, 2021
KUALA TERENGGANU - Terengganu menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan aktiviti mengorek pasir antara punca kebocoran paip utama yang membekalkan air ke Tangki Utama Berangan mengakibatkan gangguan bekalan air di dua daerah sejak lebih seminggu lalu. Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan dianggotai beberapa jabatan seperti Jabatan Alam Sekitar (J...
August 8, 2021
BAGAN SERAI - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah diminta menjalankan siasatan terhadap dakwaan wanita yang tersalah menerima vaksin untuk suntikan dos kedua yang tular di media sosial Khamis lalu. Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Gahazali berkata, siasatan dan teguran perlu dilakukan berikutan negara belum melaksanakan pemberian vaksin campuran.
August 8, 2021
SHAH ALAM – Penangguhan pemilihan UMNO tidak boleh disamakan dengan penangguhan sidang Parlimen kerana melibatkan 66,287 mesyuarat.
August 8, 2021
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota polis yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 24.4 Lebuh Raya Silk arah Kajang ke Putrajaya di sini pada Ahad. Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau mewakili warga PDRM sedih dengan kejadian yang menimpa dua anggota polis terbabit yang terkorban ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.
August 7, 2021
JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menepati ramalan untuk melangkah ke saingan suku akhir selepas mendominasi pusingan pertama acara keirin di Velodrome Izu pada Sabtu. Mohd Azizulhasni tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pelumba yang lain melalui kayuhan bertenaga sebelum melintasi garisan penamat dengan willy trademark yang sering dibuatnya.
August 7, 2021
Sebelum ini, tular sebuah helikopter tiba-tiba mendarat di sebuah padang bersebelahan dengan rumah kenduri di Trenggalek, Jawa Timur. Kehadiran itu menjadi riuh