KUANTAN - Beberapa pantai peranginan di daerah ini lengang tanpa pengunjung biarpun kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan dalam negeri bagi individu yang sudah menerima vaksin lengkap bermula Selasa. Tinjauan Sinar Harian di tiga pantai popular di negeri ini iaitu Pantai Batu Hitam, Pantai Teluk Chempedak dan Pantai Sepat di sini mendapati tiada kelihatan pengunjung. Di Pantai Teluk Chempedak, walaupun terdapat pengunjung, namun bukan dalam kalangan pelancong, sebaliknya masyarakat setempat yang datang membeli makanan di restoran makanan segera yang beroperasi di situ.