PETALING JAYA - Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa fitnah menerusi media sosial pada Sabtu. Kedua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hadir bersama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sekitar jam 11 pagi untuk membuat laporan tersebut di sini.