Manfaat tempoh PKP tanam ubi vitato
A
A
SETIU - Enggan mensia-siakan masa terluang sepanjang tempoh kawalan pergerakan, seorang pemuda berusia 19 tahun memberanikan diri mengusahakan tanaman ubi keledek vitato (ubi vitato) walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian.
Muhammad Ikmal Haikal Ab. Mueei yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu di kedai makan ternyata tidak melepaskan peluang apabila ditawarkan menjadi seorang daripada 70 peserta tanaman ubi vitato berkelompok di Kampung Banggol di sini.
“Saya mula menanam ubi vitato lebih sebulan yang lalu setelah ditawarkan satu ekar tanah (0.40 hektar) untuk diusahakan. Pada mulanya saya teragak-agak juga kerana langsung tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan berkaitan pertanian ini.