07 Jul 2021 / 12:35 H. -Bernama
KUALA LUMPUR: Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati dua peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan Covid-19, mencapai tahap sensitiviti 90 peratus.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham (
pix) berkata kajian yang dijalankan IMR telah selesai dan perincian panduan penggunaan kit ujian kendiri itu dijangka selesai pada minggu depan.
“Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus. MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,“ katanya menerusi ciapan dalam Twitter hari ini.
Pada Mei lepas, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian itu untuk dijual di farmasi tempatan.
Dua kes Covid varian Delta pertama di Sabah dikesan di kluster kapal tentera laut, tiga lagi di Labuan | Daily Express Online
dailyexpress.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from dailyexpress.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Dua kes Covid varian Delta pertama di Sabah dikesan | Daily Express Online
dailyexpress.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from dailyexpress.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.