vimarsana.com

Latest Breaking News On - Chairman motion national - Page 1 : vimarsana.com

Isu pekebun haram: Kenapa baru sekarang ditebang?

Isu pekebun haram: Kenapa baru sekarang ditebang? A A KUANTAN- Ketua Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memusnahkan pokok durian di hutan simpan di Raub selepas berpuluh tahun ia ditanam di kawasan terbabit. Menurutnya, mengapa tindakan itu baru diambil oleh kerajaan negeri terhadap peneroka terbabit. Kita ingin bertanya, dulu boleh dan tidak disentuh, tetapi disaat rakyat sedang menolak kerajaan sekarang ini, mengapa ia ditimbulkan. Paling memeningkan kita, bila ia dikaitkan dengan DAP. Lebih pening lagi, ia muncul di era Ahli Parlimen Raub itu daripada DAP walaupun Melayu, sedangkan berpenggal-penggal sebelum itu Parlimen Raub itu diwakili oleh MCA daripada kaum Cina dan ketika MCA jadi MP Raub, tiada kebun durian musang king yang ditanam di tanah haram? Jadi haram bila DAP jadi MP, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.