LIPIS - Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 15 Jalan Lipis - Merapoh di Kampung Relong pada petang Rabu. Dalam kejadian itu, mangsa, Che Muhammad Fikri Che Hussin, 21, dari Kampung Kemuning Berchang, disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah di kepala dan kaki. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan dari arah Lipis hendak balik ke rumah di Kampung Relong.