KOTA TINGGI - Johor akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negeri ini melalui peruntukan RM160 juta yang diterima Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor setakat 29 Julai daripada kerajaan Pusat. Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata, peruntukan tersebut meningkat sebanyak RM18.44 juta berbanding jumlah diterima bagi tempoh yang sama tahun lalu.