News 25.07.21 ‘Raja Terbilang Negara Cemerlang’ cermin kejayaan kepimpinan raja
Persembahan Khas yang bertemakan ‘Raja Terbilang Negara Cemerlang’ bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021 di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong berlangsung dengan penuh warna-warni yang dijayakan oleh seramai 253 orang peserta.
Para peserta terdiri daripada penuntut-penuntut sekolah-sekolah rendah dan menengah kerajaan dan swasta, kumpulan-kumpulan belia dari Majlis Perundingan Kampung, sukarelawan serta kakitangan awam dan swasta.
Persembahan yang diterjemahkan kepada tiga segmen ini bercorakkan muzikal drama yang penuh keceriaan dan warna-warni bagi menzahirkan rasa kasih sayang rakyat kepada raja, memerintah negara dengan adil lagi bijaksana.