Vimarsana.com

Latest Breaking News On - Council declaration decision - Page 1 : vimarsana.com

348 calon SMA di Selangor peroleh Mumtaz

348 calon SMA di Selangor peroleh Mumtaz A A SHAH ALAM - Seramai 348 atau 11.9 peratus calon Sijil Menengah Agama (SMA) 2020 di Selangor memperoleh pangkat Mumtaz. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad bagaimanapun berkata, pencapaian itu menurun apabila seramai 888 atau 27.7 peratus calon memperoleh Mumtaz pada tahuh 2019. Peratus calon memperoleh Mumtaz pada tahun ini berkurangan sebanyak 15.8 peratus berbanding tahun lalu, katanya pada Majlis Pengisytiharan Keputusan SMA, Sijil Menengah Agama Tahfiz Al Quran (SMATQ) dan Sijil Menegah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) di Bilik Mesyuarat Haji Sianid Tingkat 2, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Jumaat. Mohd Shahzihan berkata, seramai 860 atau 29.4 peratus calon memperoleh pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) manakala 832 calon mendapat keputusan Jayyid (baik).

Tamba-ahmad
Sultana-idris
Council-declaration-decision
Directors-department-religion-caves
School-religion-medium
Certificate-medium-religion
Grandfather-tamba-ahmad
Certificate-middle-religion
Meetings-pilgrimage-level
Tower-north-building-sultana-idris
Obviously-her
Abroad-caves

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.