Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini mahu bekalan barangan keperluan di negeri-negeri dijangka terjejas banjir dipastikan mencukupi, serta tidak memberi kesan yang ketara terhadap harga barang-barang tersebut.
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ditubuhkan pada 26 September tahun lalu selepas Pilihan Raya Negeri tidak akan terjejas, walaupun Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS berkata, kerjasama parti dalam gabungan itu dilihat tetap utuh dan semangat berpasukan akan diteruskan bagi menerajui kerajaan negeri hingga cukup satu penggal sehingga 2025.