News
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2021 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 Tahun, diadakan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini, di sini.
Majlis Ilmu merupakan mercu tanda kepimpinan intelektual Kebawah Duli Yang Maha Mulia terutama kedudukan baginda sebagai pemimpin Islam yang amat menitikberatkan kepentingan ilmu untuk semua lapisan masyarakat.
Sejak permulaannya pada tahun 2004, Majlis Ilmu telah mengetengahkan pelbagai tema termasuk ‘Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah’, ‘Sektor Pertanian : Survivabiliti Bangsa dan Negara’ dan ‘Manuskrip Islam Mercu Tanda Ketamadunan Umat’.