News
Kegembiraan jelas terlihat di setiap wajah rakyat dan penduduk serta pelbagai lapisan masyarakat yang hadir menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021.
Berinteraksi dengan raja yang berjiwa rakyat sudah menjadi tradisi di negara ini, terutama sekali pada Majlis Ramah Mesra tersebut walaupun di dalam keadaan cuaca panas terik bukan penghalang bagi ribuan rakyat dan penduduk di daerah ini membanjiri Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong bagi sama-sama memeriahkan Majlis Ramah Mesra yang juga