vimarsana.com

Latest Breaking News On - Court sessions ipoh - Page 1 : vimarsana.com

Syarikat mengaku salah abai keselamatan hingga pekerja mati

Syarikat mengaku salah abai keselamatan hingga pekerja mati A IPOH - Sebuah syarikat pembinaan didenda RM38,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis selepas mengaku bersalah cuai dan mengabaikan aspek keselamatan hingga mengakibatkan kematian seorang pekerja, tiga tahun lalu. Rantau Urusan (M) Sdn Bhd yang diwakili Pengarah syarikat, Lee Wei Jin didakwa atas dua pertuduhan di bawah Peraturan 5(1)(b)(aa) Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Bagi pertuduhan pertama, syarikat berkenaan didakwa gagal dengan serta-merta memberitahu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) terdekat dengan cara yang paling cepat bagi kemalangan pekerja di bawah kawalan yang mengalami kecederaan badan serius semasa sedang bekerja di sebuah projek pembinaan di Ban

Polis didakwa terima suapan RM250 lepas kes khalwat

Polis didakwa terima suapan RM250 lepas kes khalwat A IPOH - [DIKEMAS KINI] Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin atas dua pertuduhan rasuah membabitkan wang tunai RM250 pada 2019 dan 2020. Tertuduh, Lans Koperal Abdul Hadi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S Indra Nehru. Mengikut pertuduhan, anggota yang bertugas di Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu secara rasuah memperoleh suatu suapan iaitu wang tunai RM50 dan RM200 daripada seorang lelaki berusia 25 tahun pada tarikh, masa dan tempat berbeza.

Warden didakwa rogol penghuni pusat jagaan

Warden didakwa rogol penghuni pusat jagaan A A IPOH - Seorang warden pusat jagaan swasta dekat sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tuduhan merogol seorang wanita yang juga penghuni pusat berkenaan, Oktober tahun lalu. Ahmad [email protected] Aris, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang berusia 33 tahun apabila dia mengetahui tentang kecacatan mental, gangguan emosi atau kecacatan fizikal wanita itu pada perlakuan jenayah. Kesalahan itu didakwa dilakukan di pusat jagaan itu dekat Ipoh pada jam lebih kurang 8.20 pagi, 28 Oktober 2020. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebat serta pengawasan polis tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Syarikat didenda RM25,000, gagal adakan prosedur kerja selamat

Syarikat didenda RM25,000, gagal adakan prosedur kerja selamat
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.

Pegawai IT didakwa sebar berita tidak benar menerusi TikTok

Pegawai IT didakwa sebar berita tidak benar menerusi TikTok A A IPOH - Seorang pegawai teknologi maklumat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin atas pertuduhan menyebarkan berita tidak benar menerusi aplikasi TikTok berhubung kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia dekat sini, Mei lalu. Tertuduh, Inderpal Singh Devgun, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok di bawah profil akaun Blackfitt dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam. Dia dituduh menyebarkan berita tidak benar iaitu Those with appoitments, they are not allowed to go in or difficult to go in for the second dose for vaccination. Apparently today, about 800 people from Tabung Haji have been given a vaccination without appoitments.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.