Kadar kematian penyu membimbangkan
A
A
KUALA TERENGGANU - Kadar kematian penyu di Terengganu berada pada tahap membimbangkan dengan 55 kes direkodkan Jabatan Perikanan Negeri sepanjang tahun lepas.
Pengarahnya Ruzaidi Mamat berkata, walaupun jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 78 kes kematian sepanjang 2019, pihaknya percaya masih banyak kes kematian reptilia itu tidak dilaporkan kepada jabatan. Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini pula, hanya 20 kes kematian telah dilaporkan kepada jabatan dan kita berharap jumlah ini terus berkurangan seiring kurangnya gangguan di perairan Terengganu ketika ini. Kebiasaannya, kematian penyu yang dilaporkan adalah kerana tersangkut pada pukat nelayan dan kemalangan akibat terkena kipas bot pelancong. Cuma ada satu kes baru-baru ini berlaku perbuatan khianat membunuh ibu penyu untuk mencuri telurnya berlaku di Pulau Kapas, Marang, katanya ketika dihubungi Bernama.
Perikanan ambil tindakan kes tuba di Sungai Kemaman
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Air mata tuntung sungai
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.