vimarsana.com

Latest Breaking News On - Department head investigation criminal estuary mud - Page 1 : vimarsana.com

Kes dera remaja OKU: Peguam pusat penjagaan beri penjelasan

Kes dera remaja OKU: Peguam pusat penjagaan beri penjelasan A A SHAH ALAM - Tindakan berdiam diri pengasas sebuah rumah penjagaan di Wangsa Maju berhubung kes penderaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun adalah dibuat atas nasihat dan arahan pasukan peguam yang mewakili beliau serta pusat jagaan berkenaan untuk menghormati proses siasatan polis dan pihak berkuasa lain. Bagaimanapun firma guaman Tetuan, Aminahtul Mardiah berkata, tindakan berdiam itu telah membuka ruang ramai pihak mengambil kesempatan dalam membuat pelbagai spekulasi, fitnah dan tuduhan yang tidak berasas Menurut beliau, tindakan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dihentikan segera. “Justeru, kenyataan ini dikeluarkan bagi tujuan menjelaskan dan menjawab tuduhan serta tohmahan yang timbul selain daripada isu yang masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

TLDR; #JusticeForBella Trending Di Media Sosial Beberapa Pihak Bongkar Segalanya

Menurutnya, adik Bella ini anak Down Syndrome yang berusia 13 tahun. Beliau ditemui sekitar usia 7 tahun sedang mundar mandir seorang diri di sekitar Kuala Lumpur. Ada yang memaklumkan, Bella anak yatim piatu tapi tak dapat disahkan secara rasmi. Maka, ada hamba Allah laporkan pasal Bella kepada pihak JKM. Jadi, pihak JKM ambil adik Bella dan tempatkan beliau di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah di Negeri Sembilan. Segalanya baik di sana. Bella happy. Segalanya baik-baik sahaja. Sehinggalah usianya mencecah 12 tahun di mana adik Bella dibawa ke mahkamah untuk disambung perintah penjagaan di rumah berkenaan. Ianya prosedur biasa. Kebetulan di mahkamah ketika itu adanya Siti Bainun yang merupakan pengasas Rumah Bonda (RB). Beliau di situ untuk uruskan hal mahkamah anak-anak di RB.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.