Vitamin C cegah Covid-19 hanya mitos
A
A
SHAH ALAM - Pakar-pakar kesihatan menegaskan pengambilan vitamin C secara berlebihan sebagai langkah untuk mencegah jangkitan Covid-19 hanyalah satu mitos dan akan memudaratkan kesihatan sekiranya diambil terlalu banyak.
Timbalan Presiden Persatuan Medical Mythbusters Malaysia, Mohd Dziehan Mustapa berkata, tidak ada bukti saintifik bahawa pengambilan suplemen vitamin C secara oral akan membantu merawat atau mencegah Covid-19.
“Setakat hari ini, tidak ada penawar untuk Covid-19 di mana langkah pencegahan terbaik hanyalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga kebersihan.
“Untuk mendapatkan keperluan vitamin C yang cukup, pastikan anda memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Mikronutrien seperti vitamin D dan C dan zink memainkan peranan penting untuk kesihatan imun tubuh,” katanya kepada Sinar Harian.
Industri perhotelan semakin tenat
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Industri pelancongan mahu bantuan khas bersasar
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.