[VIDEO] CAC Stadium Malawati terus diserbu pesakit Covid-19
A
A
SHAH ALAM - Jumlah individu yang menyerbu Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati di Seksyen 13 di sini kekal luar biasa apabila lebih kurang 2,000 beratur panjang di luar CAC berkenaan sejak awal pagi Rabu.
Jumlah ini dijangka terus meningkat apabila semakin ramai warga Selangor disahkan positif Covid-19 susulan saringan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selain kehadiran pesakit dari daerah berdekatan.
Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian mendapati pihak pengurusan CAC tenang mengawal keadaan dan mengekalkan orang ramai dalam barisan tanpa menghadapi sebarang masalah dan bantahan terbuka.
Tinjauan juga mendapati kebanyakan pesakit daripada pelbagai peringkat umur itu tiba seawal jam 9 pagi diarah beratur di kawasan luar berhampiran parkir kenderaan dan jalan besar untuk menunggu giliran.
Kehadiran orang ramai di CAC Stadium Malawati, Andalas terkawal
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Dakwaan disuntik picagari kosong: KKM tunggu laporan JKNS
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.