vimarsana.com

Latest Breaking News On - Directorsi department prime ministers - Page 1 : vimarsana.com

Sidang Khas DUN: Kerajaan Pulau Pinang tunggu perkenan Agong

Sidang Khas DUN: Kerajaan Pulau Pinang tunggu perkenan Agong A GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengadakan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum 1 Ogos ini di bawah peruntukan Ordinan Darurat. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan membuat keputusan akhir pada mesyuarat akan datang berhubung perkara tersebut. Selepas memperoleh perkenan, kita akan membuat keputusan berdasarkan beberapa pilihan antaranya mengadakan Sidang Khas DUN sebelum 1 Ogos atau mengadakan Sidang Khas DUN pada Ogos apabila Ordinan Darurat ditamatkan (tanpa memerlukan notis 28 hari). Selain itu, Sidang DUN Pulau Pinang akan diadakan dengan pembukaan rasmi oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada bulan Ogos atau September ini tertakluk kepada notis 28 hari, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.