KUBANG PASU – Kira-kira 20 penduduk Kampung Nongka, Napoh di sini bekerjasama menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan menghias persekitaran kampung mereka dengan Jalur Gemilang. Penyelaras program, Ahmad Azrul Azibun Din, 39 berkata, mereka mengeluarkan peruntukan sebanyak RM3,000 hasil sumbangan penduduk kampung untuk membeli bendera dan lain-lain keperluan.
RAWANG - Penduduk Blok 1b di Bandar Tasik Puteri di sini membina bendera gergasi sebesar 3.3 x 7.4 meter persegi menghiasi Jalan 2/22 sebelah blok itu minggu lalu sempena menyambut Bulan Kemerdekaan. Bendera yang menggunakan barangan terpakai itu dibina oleh penduduk yang juga pekebun bandar.