BAGAN SERAI - Kerajaan Perak memohon peruntukan khas sejumlah RM800,000 untuk membaik pulih ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah yang menjadi punca banjir di sekitar Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Haji Kasim, Alor Pongsu di sini. Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, permohonan itu telah diajukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membina segera dua lokasi ban yang dikesan pecah pada Jumaat.
GEORGETOWN - Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah menasihatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) untuk menutup dan tidak menggunakan bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir di Balik Pulau dekat sini yang tebingnya mengalami tanah runtuh pada Isnin buat sementara waktu.
SAM gesa periksa semua cerun di Pulau Pinang sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
KUALA TERENGGANU - Krisis bekalan air melibatkan 28,700 akaun pengguna di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang sepatutnya selesai pada Rabu dijangka berlarutan tiga hari lagi iaitu pada 14 Ogos.
KUALA TERENGGANU - Terengganu menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan aktiviti mengorek pasir antara punca kebocoran paip utama yang membekalkan air ke Tangki Utama Berangan mengakibatkan gangguan bekalan air di dua daerah sejak lebih seminggu lalu. Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan dianggotai beberapa jabatan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Bekalan Air, Jabatan Pengairan dan Saliran, Syarikat Air Terengganu (Satu) dan Pejabat Daerah Kuala Terengganu.