PADANG BESAR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Perlis dan Jabatan Perhutanan negeri itu mengajak orang ramai untuk terlibat menjayakan Program Penghijauan Negeri Perlis bersempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Exco Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau dan Kesihatan, Teh Chai Aan berkata, program tersebut memerlukan kerjasama semua pihak kerana hutan yang subur menghijau menjadi tempat perlindungan kepada hidupan liar selain pelbagai jenis tumbuhan.