YAN - Seramai 20 sukarelawan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membabitkan kakitangan dan mahasiswa turun padang membantu mangsa fenomena kepala air di Yan dan Kuala Muda. Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, antara kawasan yang disinggah termasuk Kampung Setoi, Kampung Ruat, Kampung Permatang Gamat dan Kampung Titi Bakong di Daerah Yan manakala Kampung Sungai Badak di daerah Kuala Muda.