BEAUFORT - Pemimpin tempatan di daerah ini menganggap Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin sebagai 'guru' dalam perjalanan karier politik mereka. Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih mengakui karier politiknya yang bermula pada 1991 adalah hasil didikan Allahyarham sehingga beliau kini diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias.