HASRAT mengadakan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan mula disuarakan pada tahun 1944 oleh Matlye Whyte Woodridge, seorang guru di Arkansas, Amerika Syarikat. Beliau merintis usaha menghubungi pemimpin politik dan tokoh pendidikan memohon supaya diabadikan satu hari setiap tahun sebagai tanda pengiktirafan terhadap profesion guru. Suara tersebut adalah antara suara yang digemakan supaya penghormatan terhadap guru diabadikan secara lebih formal dan struktural.